RTP PSeni Visual T4









RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 4



MINGGU

BIDANG / TAJUK

HASIL PEMBELAJARAN

OBJEKTIF


CATATAN

1

MENGGAMBAR

Tajuk :
Tumbuh-tumbuhan

( Cetakan )



Aras 1
Memperkenalkan jenis-jenis cetakan

Aras 2
Memilih bahan cetakan yang sesuai dan dilekatkan di atas permukaan keras

Aras 3
Membuat gambar secara cetakan dan mempamerkannya


Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Memperkenalkan teknik cetakan dalam menggambar
Menyedari wujudnya pelbagai bahan di persekitaran yang boleh digunakan sebagai cetakan.


Buku Sumber
m/s : 34

HSP
m/s : 01

2

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Tajuk :
Corak Bebas

( Tiupan )


Aras 1
Menunjukkan contoh-contoh corak bebas

Aras2
Membuat reka corak bebas dengan menggunakan warna air

Aras 3
Mempamerkan hasil kerja murid


Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Menghasilkan corak dengan menggunakan teknik tiupan
Membuat corak di atas kertas lukisan


Buku Sumber
m/s : 42

HSP

3

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Tajuk :
Bentuk Bebas

( Arca )

Aras 1
Memperlihatkan jenis-jenis binaan 3D seperti pasu, kerusi dan lain-lain.

Aras 2
Memilih bahan yang sesuai di persekitaran untuk binaan arca.

Aras 3
Membuat binaan arca dengan pelbagai cara seperti :
cantuman, ikatan, selitan, potongan.

Aras 4
Mempamerkan hasil kerja murid

Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Memperkembangkan daya kreativiti.
Mempelbagaikan penggunaan jenis bahan dalam ciptan.
Memupuk sikap bekerjasama
Memperkembangkan pemahaman tentang bentuk, ruang dan imbangan.

Buku Sumber
m/s : 79

HSP
m/s : 42

4

MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Tajuk :
Pasu Bunga

( Tembikar –Lingkaran dan picitan )

Aras 1
Membincang mengenai pasu bunga yang terdapat di pasaran

Aras 2
Melakar pelbagai bentuk pasu

Aras 3
Proses membuat labu secara lingkaran dan picitan

Aras 4
Melicinkan labu dengan bahan sesuai dan menghiasnya


Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Membentuk labu dengan cara lingkaran dan picitan
Melicin dan menghias labu
Menghargai hasil kerja

Buku Sumber
m/s : 101

HSP
m/s : 66

5

MENGGAMBAR

Tajuk :
Binatang Kesayangan

( Stensilan )

Aras I
Melihat dan berbincang berkenaan hasil cetakan stensilan

Aras 2
Melukis dan menebuk gambar binatang

Aras 3
Murid boleh memilih teknik cetakan mudah seperti :
stensilan, capan, percikan, gosokan.

Aras 4
Mempamerkan hasil kerja


Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Menggunakan teknik stensilan dalam kegiatan membuat gambar
Meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan karya yang kreatif
Menghasilkan karya secara berkumpulan


Buku Sumber
m/s : 31

HSP
m/s : 04

6

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Tajuk :
Kertas Pembalut Hadiah

( Capan )

Aras 1
Memerhati dan mangkaji jenis sayuran yang mempunyai lapisan kelopak

Aras 2
Memotong sayuran dengan pelbagai contoh seperti :
menegak, melintang

Aras 3
Membuat corak dalam pelbagai susunan seperti :
selang-seli, berjalur, dll.


Aras 4
Mempamerkan hasil kerja


Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Menyedari terdapat pelbagai jalinan pada keratin rentas sayur-sayuran
Menghasilkan kemahiran memotong dan membuat capan.
Menghasilkan corak dengan pelbagai susunan.

Buku Sumber
m/s : 51

HSP
m/s : 28

7

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Tajuk :
Mobail Guntingan
(Buah-buahan/ Haiwan)

( Mobail Guntingan )

Aras 1
Berbincang mengenai contoh mobail – menerangkan tentang imbangan, pergerakan dan lain-lain

Aras 2
Menggunting beberapa bentuk buah-buahan/haiwan yang dipilih dan diwarnakan.

Aras 3
Mengikat dengan tali dan menggantungkannya

Aras 4
Mempamerkan hasil kerja


Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Memperkembangkan daya kreativiti dalam binaan
Meningkatkan kesedaran hubungan antara bentuk, imbangan dan pergerakan dalam ruang
Meningkatkan kemahiran dalam teknik menghasilkan mobail.


Buku Sumber
m/s : 80

HSP
m/s : 46

8

MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Tajuk :
Rantai / Gelang

( Perhiasan Diri / Ornamen )

Aras 1
Perbincangan mengenai hiasan diri daripada manik seperti :
aksesori

Aras 2
Mengumpul bahan yang diperlukan, menyusun dan menyucuk manik mengikut saiz hingga menjadi beberapa lapisan

Aras 3
Mempamerkan hasil kerja murid


Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Pengetahuan dalam menyusun manik secara terancang
Meningkatkan kemahiran psikomotor
Menghasilkan gubahan seni manik yang mudah

Buku Sumber


HSP
m/s : 70

9

MENGGAMBAR

Tajuk :
Pemandangan

( Catan )

Aras 1
Memerhati benda-benda di persekitaran

Aras 2
Melukis objek (Pemandangan) yang menampakkan objek dekat dan jauh

Aras 3
Mempamerkan hasil kerja


Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Mempertingkatkan kemahiran tentang olahan warna
Memahami warna dan konsep perspektif (saiz objek dekat dan jauh)

Buku Sumber
m/s : I4

HSP
m/s : 08

10

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Tajuk :
Corak Terancang
( Lukisan/lakaran )


Aras 1
Menunjukkan contoh-contoh corak terancang




Aras 2
Melukis bentuk-bentuk yang dikehendaki / lngkaran untuk dijadikan asas ( secara terancang )

Aras 3
Mewarnakan lukisan / lakaran tersebut

Aras 4
Mempamerkan hasil kerja


Pada akhir pembelajaran murid dapa :

Melakar bentuk/lingkaran yang terancang

Menghasilkan corak terancang yang mudah

Buku Sumber
m/s : 47

HSP
m/s : 20

11

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Tajuk :
Topeng Muka

( Topeng )

Aras 1
Bercerita tentang watak sedih, gembira, marah dll atau rupa spider man, ultraman dll

Aras 2
Berbincang dan melakarkan watak tertentu di atas kad manila

Aras 3
Menggunting lakaran dan menghias topeng

Aras 4
Mempamerkan hasil kerja


Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Meningkatkan kemahiran merekacipta secara kreatif
Membuat hiasan yang sesuai untuk watak
Melakonkan watak

Buku Sumber
m/s : 69



12

MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Tajuk :
Anyaman Tikar/Kelarai

( Anyaman )

Aras 1
Menunjukkan contoh anyaman tikar / kelarai seperti :
tikar mengkuang, tudung saji dll.

Aras 2
Memperkenalkan jenis kelarai seperti :
mata bilis, tampuk manggis dll

Aras 3
Membuat anyaman kelarai berdasarkan model yang dibuat dengan menggunakan kertas warna

Aras 4
Membingkai hasil kerja dan mempamerkannya


Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Mengetahui beberapa nama kelarai
Menyedari setiap kelarai mempunyai anyaman sendiri
Menyiapkan satu anyaman yang mudah
Memupuk nilai kemasan

Buku Sumber
m/s : 95

HSP
m/s : 72

13

MENGGAMBAR

Tajuk :
Kapal Layar

( Gurisan )

Aras 1
Guru memperlihatkan beberapa bentuk gambar kapal dan menerangkan tentang teknik gurisan

Aras 2
Murid mewarnakan permukaan kertas lukisan dengan krayon dan dilapisi dengan lapisan ‘Indian Ink’

Aras 3
Melakar objek yang hendak dibentuk di atas lapisan tersebut dengan benda tajam seperti :
paku, lidi, ranting dll

Aras 4
Mempamerkan hasil kerja


Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Mempertingkatkan teknik gurisan dalam menggambar
Menyesuaikan jenis-jenis gurisan dalam menghasilkan ciptaan

Buku Sumber


HSP
m/s : 06

14

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Tajuk :
Corak Bebas

( Ikatan dan Celupan )

Aras 1
Guru menerangkan tentang ikatan dan cara celupannya ke dalam warna

Aras 2
Mengikat kain/kertas serta mencelupnya ke dalam pewarna

Aras 3
Berbincang tentang hasil kerja dari segi :
lipatan dan coraknya

Aras 4
Mempamerkan hasil kerja


Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Memilih bahan yang sesuai untuk kegiatan ikatan dan celupan
Meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan corak
Membuat kerja secara teratur



Buku Sumber
m/s : 44

HSP
m/s : 22

15

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Tajuk :
Rama-rama

( Origami )

Aras 1
Penerangan tentang konsep origami dengan menunjukkan beberapa contoh

Aras 2
Murid melipat kertas untuk dijadikan beberapa bentuk yang dikehendaki

Aras 3
Mempamerkan hasil kerja


Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat :

Memahami konsep origami
Membentuk beberapa bentuk origami yang dikehendaki
Meningkatkan kemahiran melipat dan membentuk

Buku Sumber
m/s : 64

HSP

16

MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Tajuk :
Ukiran Flora / Bunga

( Ukiran )

Aras 1
Membuat kajian tentang ukiran sabun melalui :
objek sebenar, gambar dll

Aras 2
Mempamerkan bahan dan alat yang akan diukir seperti :
sabun, lilin, pisau ddd

Aras 3
Melakar motif di atas kertas dan kemudian memindahkannya ke atas bahan yang dipilih (sabun)


Aras 4
Mengukir motif di atas bahan dengan alat yang sesuai

Aras 5
Mempamerkan hasil kerja


Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat :

Menghargai seni ukiran tradisional
Mengetahui bahan dan alat yang digunakan dalam ukiran
Menghasilkan seni ukiran tradisional dari sabun

Buku Sumber
m/s : 111

HSP
m/s : 74

17

MENGGAMBAR

Tajuk :
Renyukan Kertas

( Resis )

Aras 1
Membuat perbincangan mengenai teknik resis berdasarkan contoh yang diberi

Aras 2
Melakar gambar di atas kertas/surat khabar dengan krayon dan merenyukkannya

Aras 3
Sapukan dengan warna air di permukaan gambar dan keringkan


Aras 4
Menceritakan dan mempamer hasil kerja


Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Menyedari kesan retakan / ronyokan dapat menghasilkan gambar yang menarik
Mengetahui tentang pelbagai kesan olahan bahan dan teknik resis secara kreatif


Buku Sumber
m/s : 57


HSP
m/s : 10

18

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Tajuk :
Bunga Tulip

( Cetakan )


Aras 1
Memerhatikan contoh cetakan dari pelbagai bentuk seperti bunga, corak dll

Aras 2
Melakar gambar bunga tulip di atas kertas/kad manila dan memebuknya

Aras 3
Membuat garisan grid yang sesuai di atas kertas lukisan

Aras 4
Menekap motif ke atas kertas lukisan dengan menggunakan plat yang telah disediakan
( susun secara terancang )

Aras 5
Mempamerkan hasil kerja


Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Memahami konsep cetakan
Memahami proses penekapan imej yang boleh digunakan dalam membuat corak

Menghasilkan satu cetakan yang mudah

Buku Sumber
m/s : 53

HSP

19

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Tajuk :
Bekas Bunga Telur

( Model )

Aras 1
Memperdengarkan lagu bertemakan lagu persandingan

Aras 2
Perbincangan mengenai contoh-contoh bekas bunga telur

Aras 3
Membuat bekas bunga telur dengan menggunakan pelbagai bahan seperti :
kad manila, perca kain, cawan kertas dll

Aras 4
Menghias dan mempamer hasil kerja


Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Memperkembangkan daya kreativiti membentuk objek 3D
Memupuk sikap bekerjasama dengan cermat
Dapat menghubungkaitkan kerja membentuk dengan kebudayaan

Buku Sumber
m/s : 78

HSP
m/s : 55

20

MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Tajuk :
Tenunan Asas

( Tenunan )

Aras 1
Mendapat ransangan dan idea melalui puisi, pantun atau lagu seperti :
lagu kain pelikat, lagu kain songket
pantun dan peribahasa –asal kapas menjadi benang dll

Aras 2
Meneliti bahan-bahan hasil tenunan seperti :
kain songket, kain pelikat, guni bawang dll



Aras 3
Menggubal kek mudah dari berbagai bahan kutipan seperti:

ranting kayu bercabang
roda basikal
rangka paying dll

Aras 4
Membina model dengan teknik tenunan seperti :
cantuman, selitan dll

Aras 5
Mempamerkan hasil kerja


Pada akhir pembelajaran murid dapat :

Mendapat idea awal mengenai tenunan
Menggunakan berbagai bahan untuk tenunan
Menghasilkan satu tenunan asas yang mudah

Buku Sumber
m/s : 95

HSP
m/s : 64


http://www.slideshare.net/abamian/rancangan-tahunan-psv-tahun-4-ikut-takwim-2010







Rancangan Pengajaran Tahunan Dunia Seni Visual Tahun 1
Rancangan Pengajaran Tahunan PSV Tahun 2
Rancangan Pengajaran Tahunan PSV Tahun 3
Rancangan Pengajaran Tahunan PSV Tahun 4
Rancangan Pengajaran Tahunan PSV Tahun 5
Rancangan Pengajaran Tahunan PSV Tahun 6

0 comments:

Post a Comment